Kaspersky dedah perincian terkini kempen penggodaman ke atas peranti iOS

PHUKET: Kaspersky Global Research and Analysis Team (GReAT) hari ini mendedahkan perincian terkini daripada siasatan berterusannya terhadap kempen penggodaman yang dipanggil ‘Operasi Triangulasi’ yang menyasarkan peranti iOS di Sidang Kemuncak Penganalisis Keselamatan Kaspersky (SAS) 2023.
Pada Jun 2023, Kaspersky menemui kempen ancaman berterusan (APT) lanjutan yang menyasarkan peranti iOS dengan menggunakan kaedah yang canggih untuk mengedarkan eksploitasi sifar klik melalui iMessage, yang akhirnya akan mengawal sepenuhnya peranti yang disasarkan termasuk data penggunanya.

Pengarah Kaspersky GREAT Igor Kuznetsov mendedahkan butiran baharu itu mengenai kelemahan serta eksploitasi iOS yang menyokong serangan ini, memberikan analisis terhadap kempen yang telah menyasarkan orang ramai dan kakitangan Kaspersky sendiri.

“Selain penerbitan laporan dan pembangunan utiliti pemeriksaan triangulasi yang khusus, pakar GReAT telah mewujudkan alamat e-mel, jadi mana-mana pihak yang berminat boleh menyumbang kepada penyiasatan.
“Susulan itu, penyelidik syarikat telah menerima pengesahan kejadian yang mana ada individu telah pun menjadi mangsa Operasi Triangulasi, dan mereka memberikan mangsa berkenaan panduan bagi meningkatkan keselamatan mereka,” katanya semasa pembentangan itu di sini.
Kaspersky SAS 2023 menampilkan barisan 27 penceramah yang menyelidiki isu keselamatan siber yang paling relevan, daripada rantaian bekalan kepada perisian jenayah dan kempen APT, melibatkan 120 peserta dari lebih 30 negara.
Diadakan dari 25-28 Okt, sidang kemuncak itu bertujuan untuk menangani isu dan inovasi yang paling mendesak dalam keselamatan siber, merangkumi cabaran serta penyelesaian dalam mendigitalkan lambang perlindungan tradisional dan penerokaan model bahasa besar dalam memerangi pancingan data.

Source: Astro Awani

    Comments closed

    Keep explore the world. The hard thing to do is to do it continously and consistently. Practice will make it easier. The key is your Emotion.

    Contact

    • riduan1373@uitm.edu.my
    • +603 5521 1352
    • UiTM Shah Alam, Selangor, MALAYSIA
    © 2023 RIDUAN JAMIL. All Rights Reserved.